Wednesday, February 13, 2013

ketentuanNya.

kata org duit tidak memberi kebahagiaan.
kebahagiaan lahir dari hati yang senang
kata org duit byk pn, tapi hati tak bahagia,
hidup tak bermkna.

aku sokong.
biarlah duit byk mana yang kita ada.
tanah, rumah, kereta.
aset2 berharga.
tp itu semua bukan menjamin kebahagiaan yg nyata.

aku impikan kebahagiaan.
kebahagiaan seperti dlu.
kebahagiaan bersama insan yg amat aku cintakan satu ketika dlu.
bagi aku, hanya dia yg mampu memberi segunung kebahagiaan padaku.
wlupun dia tak punya harta yg byk.
walaupun hidupnya serba sederhana.
walaupun dia tak pernah berjalan merata malaysia
walaupun die  hanya tidur beralaskan cadar yang nipis
tp dia lah satu-satunya insan yang mampu memberi aku kebahgiaan yg tak terhingga.

tapi semuanya tak kekal mana.
hanya kerana wang ringgit menggaburi mata manusia.
aku sedih. aku pilu.
kenapa aku yang harus membahagiakan org lain sehingga terpksa mengorbankan kebahagiaan aku sendri.
kenapa aku lebih pentingkan hati dan kesenangan mata org lain lebih daripada diriku sendiri.
hidup aku tak pernah aku jalani ikut kemahuanku.
hidup aku tak pernah aku lakukan mengikut kehendak naluriku.
hanya kerana ingin memuaskan hati semua pihak, aku dari dlu, tak pernah kecapi nikmat bahagia seperti mana yang aku inginkn.

terasa aku tak punya hidup seperti org lain.
aku umpama robot.
yang hanya mengikut kehendak manusia lain.
aku tak mampu untuk bergerak sendri kerana diriku  bernyawa menggunakan remote yang dikawal oleh manusia sendiri.
aku tak mampu berbuat apa2 yang aku inginkan.
hidupku, hanya untuk kebahagiaan org lain.
lahirku hanya utk kesenangan mata org lain.

aku kecewa dgn diri sendri.
apa lemahnya kamu.
tak mampu bergerak.
tak mampu berjln.
tak mampu berlari.

saban hari aku ditemani air mata.
saban hari aku ditemani hati yang duka.
aku tak punya sesiapa untuk diluahkan.
kalau ada pn, dia tak pernah ada saat aku perlukan dia.
saat air mata menitis, saat aku perlu dalam dakapannya.
dia susah untuk ada.
aku sedih.

mungkin ini jalan hidupku.
mungkin ini takdirku.
aku harus pasrah.
mungkin benar telah ditetapkan yang aku manusia yg tak mungkin kecapi kebahagiaan sepertimana yg aku inginkn.
mungkin benar ini ketentuan-Nya.
harus sekali lagi aku ditemani malam sepi.
air mata jatuh ke bumi.
tak mungkin ada sesiapa yg mengerti.
akan peritnya hidup selama ini ku alami.

aku rindukan kau.
kalau boleh diputarkan masa
akan ku pertahankan cinta sejati kita.
tapi kini semuanya telah terlambat.
semoga kau berbahgia.
dgn setiap ketentuaan yang Tuhan tetapkan untuk kita.





1 comment:

Pencari Hati said...

adakalanya
tuhan tue menduga kita dengan jalan yang berliku

jangan pernah bersedih , sebabnya masih ade org yang masih sayangkan u